About Me

My photo
HI NAMA SAYA MD.HAFIZ KHAN... SAYA LAH DI GELAR RAJA HIKAYAT PUTERA SHAZALAN

Wednesday, March 12, 2008

JOM KITA CHATT


Get your own Chat Box! Go Large!


Hikayat Putera SHAZLAN

Hikayat Putera Shazlan merupakan tajuk kepada Buku Ajaib yang mengisarkan kehidupan harian Shazlan yang sebenar di dunia kenyataan. Kehidupan Shazlan yang sukar bersama keluarga ibu saudaranya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh Buku Ajaib. Tetapi, objek-objek ajaib yang diberikan oleh buku ini tidak pernah dapat menyelesaikan segala permasalahannya. Ini kerana sebagai seorang budak lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapat objek yang berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan di dalam setiap episod; anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat.

Shazlan seorang anak yatim piatu dari sebuah kampung telah dihantar ke kota untuk tinggal bersama ibu saudara yang garang. Shazlan sering dilayan buruk oleh keluarga ibu saudaranya.

Mak Som adalah ibu saudara kepada Shazlan. Seorang yang behati busuk dan mempunyai tiada citarasa dalam fesyen walaupun mempunyai saloon sendiri. Dia mencuba sedaya upaya untuk bergaya tetapi seringkali tidak cantik dipandang mata.

Pak Tam adalah suami kepada Mak Som. Seorang yang pemalas dan tidak kisah dengan pemakaiannya. Seorang yang cuai dan mempunyai personaliti yang berbeza dengan Mak Som.

Fasha adalah anak kepada Mak Som dan Pak Tum. Seorang yang manja, tidak bertimbang rasa, dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan celebriti seperti Paris Hilton, Britney Spears dan sering meniru gaya mereka.

Satiya merupakan sahabat Shazlan yang sukakan makanan dan akan mengambil peluang untuk makan di mana sahaja walaupun makanan disimpan di dalam poket pakaiannya. Seorang yang periang dan ceria dan menyukai warna-warna cerah.

Lydia adalah seorang yang agak ‘tomboy’ dan seringkali bermain dan berbual bersama kawan-kawan lelaki. Die juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Shazlan. Personalitinya sangat berlawanan dengan Fasha.

Aaron merupakan anak orang yang paling kaya di sekitar kawasan perumahan mereka. Seorang yang menyangkakan dirinya sangat ‘cool’ dan bergaya serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi